Keunikan Cloth Diapers





Saya amat mementingkan keselesaan dan kekemasan untuk anak-anak saya...sebab itu saya memilih CD ni. Kain bahagian dalam (warna putih) amat lembut dan sesuai dengan kulit bayi yang amat sensitif. Bebas dari bahan kimia, selain itu juga pembuatannya amat kemas kerana insertnya dijahit sekali...dan anda tidak perlu memasukkannya setiap kali ingin memakaikan pada anak anda. Anak anda tentu merasa amat selesa.

Cloth Diapers..


Bismillah...

Tidak pernah terfikir pun tentang Cloth Diapers...diperkenalkan oleh kakak ipar saya tentang CD ni membuatkan hati ni rasa nak cuba CD untuk anak ketiga saya yang kini berusia 6 bulan....sebenarnya baru je beberapa bulan guna CD ni...memang berbaloi...sangat menjimatkan...mudah dicuci. CD ni juga tahan lasak...beberapa kali basuh pun masih ok dan warna pun tak pudar.
Untungnya saya tiggal di Apartment yang ada balkoni...jadi bila basuh CD dan jemur cepat la kering...boleh kira dengan jari je berapa helai DD(Disposable Diapers) yang baby saya gunakan...tak sampai pun 2 keping...DD hanya untuk malam sahaja...
CD ni boleh tahan dalam 3-4jam..kecuali bila baby Aishah poo...
Material kainnya pun bagus...selain daripada coraknya yang sememangnya menjadi kesukaan kanak-kanak...
Sebagai suri rumah saya rasa kita perlu bijak mengawal perbelanjaan rumah...dengan adanya CD saya dapat menjimatnya perbelanjaan bulanan..Suri rumah kan Menteri Kewangan di rumah.
Rata-rata suri rumah sekarang memang bijak menangani perbelanjaan bulanan dengan menggunakan CD.

Apa itu CLOTH DIAPERS

Bismillah...





"ADAKAH ANDA MASIH LAGI TERCARI-CARI LAMPIN YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA?????......"
"DI SAYANGKU CERIA.BLOGSPOT ADA JAWAPANNYA.......DISINI KAMI ADA MENJUAL PRODUK-PRODUK LAMPIN KAIN MODEN YANG DIKENALI SEBAGAI CLOTH DIAPER......."

Cloth Diapers adalah lampin pakai buang moden..ianya berfungsi seakan - akan lampin pakai buang..yang paling penting CD ni boleh dibasuh setiap kali selepas penggunaannya. Lampin Kain Moden ini adalah MENGGANTIKAN lampin kain tradisional yang dahulunya perlu dipakai dengan pelindung lampin dan pin yang besar, sekarang tidak lagi......lampin kain moden (Cloth Diaper) LEBIH MUDAH digunakan dan dapat membantu ibu bapa menguruskan bayi dengan lebih efektif. Cloth Diaper telah dilengkapi dengan Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor bagi bahagian luarnya dan cuttingnya juga cantik dan amat selesa.

Ianya dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang boleh menyerap sehingga 4 kali basahan. Bahagian dalam Cloth Diaper juga dilapisi dengan micro fleece yang mesra kepada kulit bayi yang lembut dan tidak menyebabkan ruam lampin. Cloth Diaper juga mudah untuk dibasuh...hanya masukkan ke dalam mesin basuh dan keringkan...Penggunaannya LEBIH TAHAN LAMA dan boleh dipakai sehingga anak anda pandai untuk buang air sendiri ( +-3 tahun).




;;

My Heart My Soul

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Breastfeeding tickers